Catatan

Desktop Bersih, Kerja Lebih Teratur: Atasi Masalah Folder Berselerak

Imej
Pengenalan Pernahkah anda membuka komputer pejabat atau komputer riba peribadi lalu mendapati desktop dipenuhi dengan folder dan fail yang bertindih-tindih? Situasi ini sangat biasa berlaku di kalangan staf kerana desktop dianggap tempat paling cepat untuk menyimpan dokumen. Namun, amalan ini sebenarnya membawa banyak masalah dari segi prestasi komputer, keselamatan data dan imej profesional. Sama seperti meja kerja yang bersepah boleh mengganggu tumpuan, desktop komputer yang tidak teratur juga boleh menjejaskan kelancaran kerja seharian. Apabila terlalu banyak fail diletakkan secara berselerak, pengguna mungkin mengambil masa lebih lama untuk mencari dokumen tertentu. Selain itu, desktop yang penuh juga boleh menyebabkan komputer menjadi perlahan, sukar diselenggara dan berisiko kehilangan data penting sekiranya berlaku kerosakan sistem. Hal ini akhirnya memberi kesan kepada produktiviti dan meningkatkan tekanan semasa bekerja. Artikel ini akan membincangkan isu utama , penyelesaia...

Guna Internet Pejabat untuk Peribadi: Panduan Etika dan Risiko

Imej
  Pengenalan Di zaman digital yang serba canggih ini, sambungan internet bukan lagi sekadar kemudahan malah ia telah menjadi tulang belakang kepada operasi harian di tempat kerja. Daripada menghantar emel, mengakses sistem dalaman hinggalah kepada mesyuarat dalam talian, hampir semua tugasan moden memerlukan akses internet yang stabil dan pantas. Namun dalam keselesaan itu, muncul satu tabiat yang semakin biasa berlaku iaitu menggunakan internet pejabat untuk tujuan peribadi. Sama ada membuka media sosial, membuat pembelian dalam talian, menonton kandungan hiburan atau mengurus hal peribadi lain, kebiasaan ini boleh memberi kesan negatif jika tidak dikawal. Walaupun sesetengah aktiviti kelihatan tidak berbahaya, ia sebenarnya boleh menjejaskan prestasi kerja, mengganggu sistem rangkaian syarikat malah membuka ruang kepada ancaman keselamatan siber. Persoalannya, adakah kita benar-benar memahami batas penggunaan internet di tempat kerja? Dan apakah etika yang perlu dijaga agar kemud...

Pekerja Bijak, Data Selamat: Panduan Elak Virus di Tempat Kerja

Imej
Pengenalan Dalam dunia kerja moden, hampir semua urusan daripada komunikasi, laporan kewangan hinggalah kepada data pelanggan adalah diurus secara digital. Namun, ketika dunia semakin bergantung kepada teknologi, ancaman siber juga semakin pintar dan berbahaya. Satu klik pada pautan emel palsu atau pemasangan perisian tidak sah boleh menjadi pintu masuk kepada virus berbahaya yang mengancam sistem pejabat. Menurut laporan Verizon Data Breach Investigations Report (2024), 82% insiden pelanggaran data berpunca daripada kesilapan manusia, termasuk pekerja yang tidak sedar akan fail yang bahaya dan laman web mencurigakan. Di Malaysia, laporan CyberSecurity Malaysia menunjukkan peningkatan kes serangan ransomware dan phishing di sektor kerajaan dan swasta terutamanya yang melibatkan akses pengguna biasa. Ini membuktikan bahawa kesedaran pekerja adalah barisan pertahanan pertama dalam menjaga keselamatan sistem organisasi. Dalam dunia yang serba cepat ini, pekerja bijak bukan hanya tahu buat...

Bijak Digital: Kawal Telefon Sebelum Ia Mengawal Anda

Imej
Pengenalan Telefon pintar kini bukan sekadar alat komunikasi akan tetapi ia telah menjadi "remote control" kehidupan moden. Statistik dari DataReportal (2024) menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menghabiskan purata 5 jam 2 minit sehari menggunakan telefon pintar dengan sebahagian besar masa tersebut tertumpu kepada media sosial, permainan dan layanan video. Satu kajian oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) pula mendapati bahawa lebih 65% pengguna berusia 18–35 tahun mengalami simptom ketagihan telefon seperti cemas apabila telefon tiada bersama mereka atau rasa "kosong" bila tiada notifikasi masuk. Fenomena ini dikenali sebagai "nomophobia" iaitu ketakutan apabila tidak bersama telefon dan ia semakin meningkat dalam kalangan masyarakat moden. Meskipun telefon pintar memudahkan pelbagai urusan harian seperti kerja, pembelajaran dan komunikasi, kita tidak boleh menafikan bahawa penggunaan berlebihan boleh membawa kepada kesan negatif terhadap kesihatan mental,...

Wajah Kita Dicuri AI? Deepfake Semakin Bahaya di Dunia Maya

Imej
Bayangkan anda sedang melayari media sosial seperti biasa, menonton video santai untuk mengisi masa lapang. Tiba-tiba, muncul sebuah video yang membuatkan anda tergamam kerana wajah dalam video itu adalah wajah anda sendiri. Lebih mengejutkan, individu dalam video tersebut bercakap, menyanyi, atau melakukan perkara yang pelik dan memalukan, sedangkan anda tidak pernah merakam video tersebut. Anehnya, video itu kelihatan sangat realistik  daripada suara, gaya, hinggalah ekspresi wajah, semuanya menyerupai anda. Apa yang anda saksikan bukanlah sekadar suntingan biasa, tetapi hasil teknologi canggih yang semakin membimbangkan, dikenali sebagai deepfake. Deepfake merupakan gabungan kecerdasan buatan (AI) dan algoritma pembelajaran mesin yang mampu menghasilkan video dan audio palsu yang kelihatan seolah-olah benar. Kewujudan teknologi ini bukan sahaja mengelirukan, malah boleh menjejaskan privasi, merosakkan reputasi, dan mengancam keselamatan individu. Apa Itu Deepfake? Deepfake ialah...

IT Sahaja Tak Cukup! Serangan Siber Tuntut Tindakan Menyeluruh

Imej
  Pengenalan Dalam dunia yang semakin digital, banyak perkara menjadi lebih mudah. Kita boleh bekerja dari rumah, menyimpan dokumen dalam awan, dan berhubung dengan sesiapa saja hanya dengan satu klik. Namun, di sebalik semua kemudahan ini, wujud satu cabaran besar yang ramai masih pandang ringan iaitu serangan siber. Ramai masih menganggap isu keselamatan siber hanya tanggungjawab unit IT. Tetapi realitinya, satu klik yang salah oleh sesiapa dalam organisasi boleh membuka pintu kepada bencana. Artikel ini ditulis untuk memberikan gambaran jelas tentang apa itu serangan siber, bagaimana ia berlaku dan mengapa setiap orang tak kira jawatan atau jabatan perlu ambil peduli. Apa Itu Serangan Siber? Serangan siber merujuk kepada sebarang cubaan untuk mengakses, mencuri, merosakkan atau mengganggu data dan sistem komputer biasanya dengan niat jahat. Dalam dunia digital hari ini, serangan ini boleh berlaku pada bila-bila masa dan terhadap sesiapa sahaja. Ia tidak semestinya dilakukan oleh...

Cermin Mata Biasa Dah Lapuk: Ini 5 Smart Glasses AI yang Bakal Ubah Cara Kita Melihat Dunia

Imej
Dalam era digital yang semakin berkembang, teknologi bukan sekadar berada di tangan kita, ia kini telah "melekat" di wajah kita. Menjelang tahun 2025, kita sedang menyaksikan kebangkitan generasi baharu cermin mata pintar (smart glasses), yang bukan hanya menawarkan penglihatan fizika tetapi turut membawa kuasa pemprosesan AI, paparan realiti maya, dan keupayaan rakaman secara langsung dalam satu rekaan bergaya. Bayangkan anda berjalan di tengah kota tanpa perlu mengeluarkan telefon bimbit, namun masih boleh menjawab mesej, merakam detik spontan, atau mendapat arah jalan terus dari lensa mata anda. Paparan skrin maya yang terapung anda, semuanya menjadikan duia ini semakin dekat dengan realiti futuristik. Kini, setiap pasang mata bukan sekadar melihat, tetapi juga berpotensi menjadi "otak digital" yang berinteraksi, memproses dan bertindak balas dalam masa nyata. Revolusi teknologi sedang berlaku, dan kita memakainya di wajah kita. Ray-Ban Meta Smart Glasses (Gen 2)...

Dari Imbas ke Ancaman: Cabaran Keselamatan Dompet Digital

Imej
Pengenalan Dalam era teknologi yang serba pantas ini, penggunaan dompet digital semakin menjadi norma dalam urusan harian masyarakat moden. Sama ada membeli-belah dalam talian, membayar bil mahupun memesan makanan, semuanya kini boleh dilakukan dengan hanya beberapa sentuhan pada skrin telefon pintar. Peralihan daripada tunai kepada pembayaran tanpa tunai membuka jalan kepada gaya hidup lebih efisien, cepat dan mudah.Malaysia menerajui dunia dalam penggunaan dompet mudah alih, dengan 63 peratus rakyat Malaysia menggunakan kemudahan itu untuk membeli belah, kata platform teknologi kewangan global, Adyen [sumber Bernama]. Mengikut artikel Bernama juga, rakyat Malaysia pengguna dompet mudah alih tertinggi di dunia. Namun, dengan kemudahan ini juga hadir persoalan besar iaitu sejauh mana selamatnya penggunaan dompet digital ini?  Dompet Digital: Apa yang Anda Perlu Tahu Dompet digital atau e-wallet merupakan aplikasi atau perkhidmatan yang menyimpan maklumat kewangan penggun...

7 Barang Harian yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Dikuasakan oleh Teknologi Canggih !

Imej
Pernahkah anda terfikir bahawa dalam kehidupan harian kita, ada banyak barang yang kita guna setiap hari. Nampak ringkas, nampak biasa, dan langsung tidak mencurigakan, sebenarnya disokong oleh teknologi yang sangat canggih di dalamnya?. Tanpa kita sedar, teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), sensor pinta, sambungan tanpa wayar, dan automasi pintar semakin tersembunyi dalam bentuk yang minimalis dan moden. Malah, ia direka agar mudah digunakan tanpa memerlukan kita faham pun bagaimana ia berfungsi. Kita hanya guna, dan teknologi itu buat kerja di belakang tabir. Dalam blog kali ini, saya ingin kongsikan 7 contoh barang harian yang mungkin ada di rumah anda sekarang, yang secara luarannya kelihatan seperti barang biasa, tetapi hakikatnya ia menggunakan teknologi yang luar biasa untuk menjadikan hidup kita lebih mudah, lebih selesa dan lebih moden. 1. Berus Gigi Elektrik Pintar (Oral-B iO Series 10) Berus gigi ini bukan hanya bergetar seperti berus elekterik biasa. Ia dilengkapi deng...