Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2026

Bukan Sekadar Media Sosial, Meta Kini Fokus Pada Peranti Pintar

Imej
Dari Platform Sosial ke Peneraju Teknologi Masa Hadapan Selama lebih sedekad, nama Meta Platform sinonim dengan media sosial seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp. Namun hari ini, syarikat teknologi gergasi tersebut sedang melangkah lebih jauh daripada sekadar menghubungkan pengguna melalui platform digital. Meta Kini giat membangunkan pelbagai peranti pintar yang menggabungkan kecerdasan buatan (AI), realiti maya (Virtual Reality - VR) dan realiti campuran (Mixed Reality - MR). Langkah ini menunjukkan visi jangka panjang syarikat untuk membentuk generasi baharu interkasi digital yang lebih pintar, intuitif dan imersif. Mengapa Meta Beralih ke Arah Peranti Pintar? Dunia teknologi sedang mengalami perubahan besar. Jika telefon pintar menjadi revolusi utama pada dekad lalu, peranti pintar berasaskan AI dan realiti campuran dijangka menjadi platform teknologi seterusnya. Meta melihat peluang ini sebagai langkah strategik untuk membina ekosistem teknologi yang lebih menyeluruh. Dengan m...

Bahaya Di Sebalik Kotak "I'm Not A Robot"

Imej
Bahaya Di Sebalik Kotak "I'm Not A Robot" Setiap hari kita klik kotak " I'm not a robot" tanpa fikir panjang. Ia sudah menjadi rutin biasa di internet. Tetapi sekarang, penjenayah siber sedang menyalahgunakan rutin itu untuk menipu jutaan orang dan paling bahaya, mangsa sendiri yang memasang perisian hasad ke dalam komputer mereka, tanpa sedar. Penipuan ini dikenali sebagai ClickFix atau CAPTCHA   palsu . Ia bukan perkara baharu, istilah ini mula diperkenalkan oleh penyelidik keselamatan Proofpoint pada tahun 2024, tetapi ia sedang meningkat dengan begitu mendadak. Menurut laporan ancaman ESET, serangan ClickFIx melonjak sehingga 517% dari tahun 2024 ke 2025, menjadikannya salah satu teknik jenayah siber yang paling pantas berkembang di dunia. Microsoft pula melaporkan ratusan ribu percubaan serangan disekat dalam masa sebulan sahaja. Artikel ini akan terangkan dengan ringkas dan mudah: apa itu penipuan ini, bagaimana ia berfungsi, contoh sebenar, cara membe...