Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel data pengguna

Cloud Storage: Kenapa Bergantung Pada Pendrive Bukan Lagi Pilihan Bijak

Imej
Pengenalan Pernahkah anda bersiap sedia untuk pembentangan penting, tetapi apabila pendrive dicucuk, keluar amaran: "USB Device Not Recognized" ? Atau lebih buruk lagi, fail di dalamnya tiba-tiba bertukar menjadi shortcut akibat serangan virus? Dahulu, pendrive adalah alat wajib ada dalam poket setiap orang. Namun, dalam era kerja hibrid dan kolaborasi digital hari ini, bergantung sepenuhnya kepada peranti fizikal ini bukan lagi satu langkah bijak. Artikel ini akan mengupas mengapa anda perlu "pencenkan" pendrive anda dan beralih ke Storan Awan (Cloud Storage) demi keselamatan data anda. Mengapa Pendrive Menjadi Liabiliti, Bukan Lagi Aset? Walaupun kecil dan mudah dibawa, pendrive mempunyai kelemahan kritikal yang sering diabaikan sehingga nasi menjadi bubur. 1. Risiko Kehilangan Fizikal dan Kecurian Data   Kerana saiznya yang kecil, pendrive sangat mudah tercicir, tertinggal di kedai fotostat, atau hilang di celah beg. Jika ia jatuh ke tangan orang yang sala...

Multi Factor Authentication: Perlu atau Sekadar Menyusahkan?

Imej
Pengenalan Dalam kebanyakan organisasi hari ini, penggunaan password masih menjadi kaedah utama untuk mengawal akses ke sistem dan akaun. Namun, semakin banyak insiden keselamatan membuktikan bahawa password sahaja tidak lagi mencukupi. Phishing, kebocoran data, dan penggunaan password berulang menjadikan akaun mudah diceroboh tanpa disedari. Multi Factor Authentication atau MFA sering dianggap menyusahkan kerana memerlukan langkah tambahan semasa login. Walau bagaimanapun, di sebalik sedikit kesulitan itu, MFA sebenarnya memainkan peranan penting dalam melindungi data dan sistem organisasi. Apa Sebenarnya MFA dan Kenapa Ia Penting? Secara ringkas, Multi Factor Authentication ialah kaedah pengesahan yang memerlukan lebih daripada satu bukti sebelum akses dibenarkan. Ia bertujuan memastikan individu yang login benar benar pengguna yang sah. Antara faktor pengesahan yang biasa digunakan: Sesuatu yang pengguna tahu seperti password atau PIN Sesuatu yang pengguna miliki seperti telefon bim...

Phishing: Cara Mengenal, Mengelak dan Mengambil Tindakan Dengan Betul

Imej
Pengenalan Pernahkah anda menerima emel yang mendakwa akaun bank anda digantung atau mesej SMS yang meminta anda mengesahkan kad kredit anda? Itulah yang dipanggil Phishing atau Pancingan Data . Phishing adalah taktik penipuan siber di mana penjenayah menyamar sebagai institusi sah (bank, syarikat telekomunikasi, agensi kerajaan) untuk mencuri maklumat sensitif anda seperti kata laluan, nombor TAC, atau nombor kad bank. Artikel ini akan menjadi panduan lengkap anda dalam tiga bahagian mudah: Mengenal Tanda-tanda , Mengelak Kesalahan , dan Mengambil Tindakan Betul . Bahagian 1: Cara Mengenal Tanda-Tanda Amaran Phising  Penipu Phishing sering menggunakan teknik yang sama. Dengan mengetahui tiga petunjuk ini, anda boleh mengenalinya dengan mudah. 1. Desakan dan Ugutan Perkara pertama yang patut buat anda curiga ialah mesej yang sengaja dibuat untuk membuat jantung anda berdegup kencang. Mereka akan kata, "Akaun anda akan disekat dalam 1 jam!" atau "Anda Kena Bayar Denda S...

Kesan Algoritma: Bagaimana Media Sosial Membentuk Fikiran Tanpa Disedari

Imej
Pengenalan Dalam dunia digital hari ini, media sosial bukan sekadar tempat untuk berhubung dan berkongsi. Ia sudah menjadi ruang utama di mana maklumat, pandangan, dan emosi terbentuk. Tapi di sebalik setiap “scroll” dan “like”, ada satu sistem tersembunyi yang menentukan apa yang muncul di skrin kita ,   iaitu  algoritma. Apa Itu Algoritma Media Sosial? Algoritma ialah sistem automatik yang digunakan oleh platform seperti  TikTok , Instagram,  Facebook  dan X (Twitter)  untuk menganalisis tingkah laku pengguna.  Ia menilai apa yang kita suka, kongsi, tonton lama, atau abaikan, kemudian menggunakan maklumat tersebut untuk memaparkan kandungan yang dianggap paling relevan kepada setiap pengguna. Secara asasnya, tujuan utama algoritma ialah meningkatkan penglibatan ( engagement ) .  Namun, di sebalik keselesaan dan kemudahan ini, algoritma juga boleh mempengaruhi cara kita berfikir, berinteraksi, dan membuat keputusan   tanpa kita sedari. Kesan...

7 tips keselamatan siber untuk anda (Android)

Imej
Telefon Android anda sudah pasti menyimpan rekod setiap lokasi yang anda lawati secara sebahagian besar melalui komunikasi digital dan sejarah carian internet anda. Walaupun sukar untuk mempunyai privasi secara mutlak pada telefon pintar anda, masih terdapat banyak pilihan yang boleh anda ubah suai untuk mengurangkan jumlah maklumat yang dikumpulkan oleh syarikat pengeluar sistem pengendalian tentang infomasi anda. Mementingkan privasi pada sistem pengendalian yang diselenggara oleh Google merupakan sebuah perniagaan yang memperoleh wang dengan melombong data pengguna mungkin kelihatan sia-sia. Tetapi sistem pengendalian Android memberi anda cara untuk mengurus beberapa privasi data anda. Walaupun anda tidak akan terlepas sepenuhnya daripada pembekal telefon bimbit anda dan hampir mustahil untuk menghalang semua yang memantau anda merentas semua platform, sekurang-kurangnya anda boleh mendekati tetapan privasi pada telefon pintar anda secara pragmatik.  Pertimbangkan pertukaran seb...