Quishing: Jangan Terpedaya dengan QR Code Palsu
Kenali ancaman di sebalik QR Code dan cara melindungi maklumat peribadi serta organisasi QR Code kini menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian, sama ada untuk membuat pembayaran, melihat menu restoran, mendaftar program, mengakses laman web, mendapatkan maklumat dan pelbagai urusan lain. Namun, di sebalik kemudahan tersebut, QR Code turut boleh disalahgunakan oleh penjenayah siber sebagai medium penipuan. Tahukah anda bahawa QR Code boleh digunakan untuk menipu pengguna? Ancaman ini dikenali sebagai Quishing , iaitu teknik phishing yang menggunakan QR Code untuk mengarahkan mangsa ke laman web palsu atau berbahaya. Apa Itu Quishing? Quishing ialah gabungan perkataan “QR Code” dan “Phishing” . Dalam serangan Quishing, penjenayah siber menggunakan QR Code untuk menyembunyikan pautan sebenar yang ingin diberikan kepada mangsa. Apabila QR Code diimbas, pengguna mungkin dibawa ke laman web yang kelihatan seperti laman rasmi tetapi sebenarnya merupakan laman palsu yang dikawal oleh...