7 Barang Harian yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Dikuasakan oleh Teknologi Canggih !
Pernahkah anda terfikir bahawa dalam kehidupan harian kita, ada banyak barang yang kita guna setiap hari. Nampak ringkas, nampak biasa, dan langsung tidak mencurigakan, sebenarnya disokong oleh teknologi yang sangat canggih di dalamnya?. Tanpa kita sedar, teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), sensor pinta, sambungan tanpa wayar, dan automasi pintar semakin tersembunyi dalam bentuk yang minimalis dan moden. Malah, ia direka agar mudah digunakan tanpa memerlukan kita faham pun bagaimana ia berfungsi. Kita hanya guna, dan teknologi itu buat kerja di belakang tabir. Dalam blog kali ini, saya ingin kongsikan 7 contoh barang harian yang mungkin ada di rumah anda sekarang, yang secara luarannya kelihatan seperti barang biasa, tetapi hakikatnya ia menggunakan teknologi yang luar biasa untuk menjadikan hidup kita lebih mudah, lebih selesa dan lebih moden.
1. Berus Gigi Elektrik Pintar (Oral-B iO Series 10)
Berus gigi ini bukan hanya bergetar seperti berus elekterik biasa. Ia dilengkapi dengan teknologi AI (kecerdasan buatan) dan sensor pintar yang dapat mengesan kawasan mulut yang belum bersihkan dengan sempurna. Aplikasi khas pada telefon pintar akan menunjukan secara visual kawasan mana yang perlu lebih perhatian. Selain itu, ia juga memberi maklumat balas masa sebenar, seperti jika anda memberus terlalu kuat. Ini sangat berguna untuk memastikan kebersihan gigi yang lebih menyeluruh dan menjaga kesihatan gusi. Anggaran harga RM 1100 - RM 1400.
2. Tong Sampah Pintar (Townew T1 Smart Trash Can)
Walaupun ia hanya kelihatan seperti tong sampah yang biasa, Townew T1 Smart Trash Can mempunyai sistem automatik yang canggih. Ia dilengkapi dengan sensor gerakan yang membolehkan penutup tong terbuka secara automatik apabila tangan didekatkan. Lebih hebat lagi, apabila tong sudah penuh, ia akan mengikat beg sampah secara automatik dan menyediakan plastik baru tanpa anda perlu sentuh langsung. Ini bukan sahaja memudahkan kerja membuang sampah, malah sangat sesuai untuk menjaga kebersihan dan mengurangkan bau tidak menyenangkan. Anggaran harga RM 350 - RM 450.
3.Mentol Pintar (Philips Hue Smart Bulb)
Mentol ini boleh dianggap sebagai satu transformasi dari mentol biasa kepada pencahayaan rumah yang boleh dikawal sepenuhnya. Ia boleh ditukar kepada pelbagai warna, tetapan kecerahan boleh diubah suai, dan anda boleh menjadualkan bila ia perlu dihidupkan atau dipadam. Semua ini boleh dilakukan menggunakan telefon pintar atau arahan suara melalui sambungan kepada pembantu maya seperti Google Assistant atau Alexa. Ia juga boleh disambungkan ke sistem automasi untuk menjadikan suasana rumah lebih selesa dan moden. Anggaran harga RM 120 - RM 250 sebiji.
4. Kunci Pintu Pintar ( Xiaomi Smart Door Lock E)
Dengan kunci pintu pintar ini, anda tidak lagi perlu membawa kunci fizikal. Ia membenarkan anda membuka pintu menggunakan pelbagai cara seperti cap jari, kad NFC, PIN kod, atau melalui aplikasi di telefon. Ia juga merekod setiap kali pintu dibuka dan oleh siapa, yang menjadikanya sangat selamat dan praktikal. Jika anda tinggal di rumah sewa atau berkongsi rumah dengan orang lain, kunci ini memberi lebih kawalan dan ketenangan minda terhadap keselamatan. Anggaran harga RM 750 - RM 1000.
5. Mesin Basuh Pintar (Samsung AddWash AI Control)
5. Mesin Basuh Pintar (Samsung AddWash AI Control)
Mesin basuh ini lebih pintar dari mesin tradisional. Ia boleh dikawal dari jauh menggunakan aplikasi di telefon pintar anda. Teknologi AI dalam mesin ini mampu mengenal pasti jenis kain dan tahap kekotoran, lalu memilih mod pencucian yang paling sesuai. Malah, ia boleh memberikan cadangan penggunaan sabun dan air secara automatik untuk lebih penjimatan. Fungsi " AddWash" pula membolehkan anda menambah pakaian walaupun cucian sudah bermula, ini sangat berguna kalau tertinggal stokin!. Anggaran harga RM 2500 - RM3800.
6. Peti Sejuk Pintar (LG InstaView ThinQ)
7. Cermin Pintar (HiMirror Mini)
Cermin ini lebih dari sekadar permukaan reflektif. Ia dilengkapi kamera dan sensor analisis kulit, yang boleh mengesan masalah seperti jerawat, geratis halus, pigmentasi dan lain-lain. Selain itu, ia juga boleh menunjukkan info cuaca, notifikasi dari telefon, dan boleh memainkan video YouTube, ini sangat berguna ketika anda bersiap pada waktu pagi. Sesuai untuk mereka yang mementingkan penjagaan wajah dan suka gaya hidup digital. Anggaran harga RM 900 - RM 1300.
Kesimpulan
Setelah melihat senarai 7 barang tadi, kita dapat lihat dengan jelas bahawa teknologi canggih sebenarnya sudah lama berada di sisi kita, hanya dalam bentuk yang kita tidak sangka. Barang- barang seperti berus gigi, mentol, mesin basuh, malah tong sampah pun kini telah berubah menjadi lebih pintar dan lebih berfungsi berbanding versi asalnya yang tradisioanl.
Apa yang menarik ialah semua teknologi ini tidak semestinya mahal atau sukar digunakan. Kebanyakannya dibina dengan tumpuan kepada kemudahan pengguna, dengan reka bentuk yang menarik dan fungsi automatik yang tidak menyusahkan. Ia adalah sebahagian daripada evolusi dunia moden, di mana rumah kita perlahan-lahan menjadi rumah pintar dan gaya hidup kita berubah menjadi lebih cekap dan lebih bersih melalui bantuan teknologi.
Ulasan
Catat Ulasan