Catatan

Jangan Jadi Mangsa! Cara Mengenali dan Mengelak Penipuan Online

Imej
Pada zaman sekarang, semakin ramai orang menggunakan internet untuk berkomunikasi, membeli-belah, dan melakukan urusan kewangan. Namun, ini juga membuka peluang kepada penipu dalam talian yang mencari mangsa untuk diperdaya. Oleh itu, penting untuk kita semua, terutama golongan yang kurang biasa dengan teknologi, memahami bagaimana mengenali dan mengelakkan penipuan online.  Jenis-Jenis Penipuan Online yang Perlu Diketahui Phishing (Penipuan Melalui E-mel atau Mesej Palsu) Anda mungkin menerima e-mel atau mesej yang kelihatan seperti daripada bank, syarikat penghantaran, atau pihak berkuasa. Biasanya, mesej ini mengandungi pautan palsu yang meminta anda memasukkan maklumat peribadi seperti kata laluan atau nombor kad kredit. Penipuan Pelaburan dan Skim Cepat Kaya Tawaran yang menjanjikan pulangan besar dalam masa yang singkat tanpa memerlukan sebarang usaha sering kali merupakan taktik yang digunakan untuk menarik perhatian orang ramai. Biasanya, pihak yang menawarkan peluang ini m...

Elak Menjadi Mangsa Penipuan! Cara Beli Barang Online dengan Selamat dan Mudah

Imej
Dalam era digital yang semakin berkembang, e-Dagang dan pembayaran digital telah menjadi  bahagian penting dalam kehidupan seharian kita. Dengan hanya beberapa klik, anda boleh membeli barangan keperluan, pakaian, gajet, dan pelbagai perkhidmatan tanpa perlu keluar rumah. Kepantasan dan kemudahan ini menjadikan e-dagang sebagai pilihan utama bagi ramai individu dan perniagaan. Namun, masih terdapat cabaran seperti penipuan dalam talian dan transaksi yang tidak selamat, yang memerlukan pengguna untuk lebih berhati-hati. Oleh itu, memahami konsep e-dagang dan cara pembayaran digital yang selamat amat penting bagi memastikan pengalaman membeli-belah dalam talian yang selesa dan selamat.     Apa itu E-Dagang dan Pembayaran Digital? E-dagang (e-commerce) merujuk kepada aktiviti membeli dan menjual barangan atau perkhidmatan secara dalam talian. E-dagang membolehkan pengguna membeli dari mana-mana sahaja tanpa perlu pergi ke kedai fizikal. Platform popular termasuk shopee, laza...

Komputer Anda Sering Rosak? Ketahui Punca dan Cara Mengatasi

Imej
"Anda sedang sibuk menyiapkan laporan penting untuk mesyuarat yang tinggal 10 minit lagi. Jari-jemari anda laju menaip, peluh mula menitis, jantung berdegup kencang. Tiba-tiba skrin komputer menjadi hitam." Kerosakan komputer di tempat kerja bukanlah sesuatu yang luar biasa. Ia mimpi ngeri yang kerap berlaku, mengganggu produktiviti dan meningkatkan tekanan kerja. Tetapi, mengapa ia berlaku begitu kerap? Adakah ini sumpahan teknologi atau ada sebab yang lebih logik di sebaliknya? Pengenalan Kerosakan Komputer Komputer merupakan alat yang sangat penting dalam kehidupan sehari, terutamanya di tempat kerja. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa kerosakan komputer sering berlaku, mengganggu tugas harian dan menjejeskan produktiviti. Masalah seperti prestasi yang perlahan, atau kegagalan sistem secara tiba-tiba boleh menjadi cabaran yang besar. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan kerosakan komputer, antaranya ialah gangguan bekalan elektrik, serta serangan virus atau malw...

File Corrupt? Ketahui Punca-Punca dan Cara Memulihkannya

Imej
"Bayangkan pagi yang sibuk di pejabat. Anda baru sahaja menyediakan laporan penting yang mengambil masa beberapa hari untuk disusun. Dengan yakin, anda membuka file untuk membuat semakan akhir, tetapi sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Skrin paparan hanya menunjukkan mesej error File Corrupt . Jantung berdegup kencang, peluh mula membasahi dahi. Segala usaha selama ini musnah dalam sekelip mata. Inilah mimpi ngeri yang sering menghantui ramai pekerja". Fail corrupt ialah masalah yang biasa di tempat kerja, dan ia boleh menyebabkan kehilangan data yang berharga dan melambatkan produktiviti. Dalam dunia digital yang serba canggih ini, memahami punca dan cara mencegah fail anda daripada rosak adalah sesuatu yang sangat penting. Dalam artikel ini, saya akan berkongsi pengalaman dan langka-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan bencana ini daripada terus menghantui anda. Pengertian File Corrupt  File corrupt ialah keadaan dimana sebuah file mengalami kerosakan sehingga tid...

5 gadget yang anda tidak tahu wujud dan boleh dimiliki pada tahun 2025

Imej
Kita semua akan teruja dan gembira apabila teknologi baru muncul, terutamanya jika ia menjanjikan untuk hidup anda lebih mudah dan manarik atau jika ia mungkin memberi inspirasi kepada anda untuk meghasilkan idea bagi pemberian hadiah untuk ahli keluarga atau rakan- rakan anda. Atas sebab ini, kami telah menyusun senarai alat baharu yang terkini dan futuristik yang kami percaya anda akan nikmati termasuk beberapa teknologi paling menarik dan unit yang terkini tersedia di pasaran. Sekiranya barangan ini menarik, jangan lupa kongsinya dengan rakan anda. 1.Microphone wireless lavalier- Hollyand Lark M25 Micro phone wireless lavalier adalah microphone yang bersaiz kecil dan turut digelar atau dikenali sebagai mikrofon butang (button mic). Contohnya seperti Hollyand Lark M25 yang boleh menangkap suara melalui pemancar dan menghantarnya secara wireless ke penerima, yang kemudian diteruskan ke peranti perekaman. Dengan Microphone wireless ini yang saiz kecil dan ringan ia mudah dibawak kemana...

Kemajuan Teknologi 2025: Peluang dan Cabaran di Era Digital

Imej
Tahun 2025 dijangka menjadi salah satu titik penting dalam evolusi teknologi maklumat (IT), apabila inovasi digital semakin berkembang pesat, memacu perubahan besar dalam pelbagai sektor. Dengan kemunculan teknologi terkini, dunia sedang menuju ke arah masyarakat pintar yang lebih terhubung dan efisien.  1. Kecerdasan Buatan Artificial Intelligence (AI) yang Lebih Canggih Kecerdasan buatan (AI) terus memainkan peranan besar dalam pelbagai bidang, termasuk kesihatan, pendidikan, dan perniagaan. Pada tahun 2025, AI dijangka semakin bijak dalam memahami konteks dan membuat keputusan berdasarkan data yang kompleks. Teknologi seperti Natural Language Processing (NLP) membolehkan AI berkomunikasi dengan manusia secara lebih semula jadi, manakala AI generatif digunakan dalam seni, reka bentuk, dan penghasilan kandungan. Sebagai contoh, di sektor kesihatan, AI digunakan untuk mendiagnosis penyakit dengan lebih cepat dan tepat, manakala dalam industri perniagaan, AI membantu dalam analisis ...

Kepentingan Literasi Digital dalam Dunia Moden

Imej
Didalam dunia teknologi canggih dan saling terkait pada pada masa kini, celik digital atau dikenalai juga sebagai literasi digital merupakan salah satu pengetahuan asas yang perlu di titik beratkan pada masa kini.  Celik digital ditakrifkan sebagai keupayaan untuk mengemudi, menilai dan mencipta maklumat secara berkesan dan kritis menggunakan pelbagai jenis sumber teknologi digital samada aplikasi mahupun peranti teknologi dalam mengolah, mengumpul mahupun menganalisa sebarang maklumat data yang ingin didigitalkan atau menjadikan sebarang set data untuk dianalisa.  Kebangkitan teknologi digital, terutamanya selepas pandemik COVID-19 telah memaksa dunia kini untuk bergerak dalam pengolahan maklumat yang diperolehi secara kritikal & kritis didalam kemahiran digital. Sama ada bekerja secara jarak jauh, mengakses maklumat penjagaan kesihatan atau mengambil bahagian didalam pendidikan secara atas talian. Kehidupan seharian pada masa kini sangat berkait dengan teknologi. Namun, ...

Dark Web: Bahaya Tersembunyi yang Mungkin Mengintai Perniagaan dan Kehidupan Peribadi Anda

Imej
Bayangkan data syarikat atau peribadi anda seperti maklumat pelanggan, akaun pekerja, atau butiran peribadi seperti nombor kad pengenalan, butiran bank, dan sejarah pembelian—dijual di pasaran gelap dalam talian tanpa pengetahuan anda. Inilah realiti yang dihadapi banyak organisasi dan individu hari ini apabila maklumat mereka dieksploitasi di Dark Web . Artikel ini membongkar bahaya yang tersembunyi di Dark Web dan langkah-langkah strategik untuk memastikan keselamatan data perniagaan dan peribadi anda. Apa Sebenarnya Dark Web? Dark Web adalah bahagian internet yang tidak diindeks oleh enjin carian seperti Google atau Bing. Ia hanya boleh diakses melalui perisian khas seperti Tor atau I2P. Walaupun ia sering digunakan untuk tujuan positif seperti perlindungan privasi dalam negara yang menyekat kebebasan internet, Dark Web juga menjadi pusat bagi: Jual beli data bocor: Termasuk nombor kad kredit, data pelanggan, butiran peribadi individu, atau akaun korporat. Perdagangan alat jenaya...

Automasi Tugas Rutin: 7 Alat Teknologi yang Harus Dicuba oleh Pekerja

Imej
Pada tahun 2024, teknologi semakin berkembang pesat dan menyediakan pelbagai alat canggih yang dapat membantu pekerja dalam meningkatkan produktiviti mereka. Salah satu bidang yang semakin mendapat perhatian adalah automasi, di mana alat teknologi digunakan untuk mengurangkan beban tugas rutin dan membebaskan masa pekerja untuk fokus kepada kerja yang lebih penting, kreatif, dan memberi impak. Automasi bukan sahaja meningkatkan kecekapan, tetapi juga membantu mengurangkan kesilapan manusia dan memastikan proses kerja berjalan dengan lebih lancar. Dalam artikel ini, kami akan memperkenalkan tujuh alat teknologi yang harus dicuba oleh pekerja untuk mengautomatikkan tugas rutin mereka, sekali gus menjadikan aliran kerja lebih produktif dan efisien. 1. Zapier Zapier adalah salah satu alat automasi yang paling popular yang membolehkan pengguna menghubungkan lebih dari 2,000 aplikasi tanpa menulis sebarang kod. Dengan Zapier, anda boleh mencipta "zaps" yang akan melakukan tugas sec...

Panduan dan Tips Menggunakan Microsoft Teams

Imej
Microsoft Teams adalah platform komunikasi yang dicipta oleh Microsoft, di mana pengguna boleh berhubung, berbincang, dan berkongsi fail dalam satu tempat. Selain sebagai platform komunikasi, Microsoft Teams juga berfungsi sebagai aplikasi pengurusan projek yang sangat efektif. Fungsi-fungsi seperti saluran perbincangan, penyimpanan fail, penjadualan mesyuarat, dan integrasi dengan aplikasi Microsoft lain seperti OneNote, Planner, dan SharePoint menjadikan Teams alat lengkap bagi mengurus projek secara sistematik. Artikel ini akan membincangkan panduan dan tips untuk memaksimumkan penggunaan Microsoft Teams sebagai aplikasi pengurusan projek/kerja yang efektif. 1. Membuat dan Menguruskan Pasukan (Teams) untuk Setiap Projek Setiap projek memerlukan pasukan yang berdedikasi. Dalam Microsoft Teams, pengguna boleh mencipta "Teams" yang dikhususkan untuk projek tertentu dan menjemput ahli yang berkaitan. Sebagai contoh, untuk projek pemasaran, pasukan boleh dinamakan “Projek Pemas...