Komputer Anda Sering Rosak? Ketahui Punca dan Cara Mengatasi
"Anda sedang sibuk menyiapkan laporan penting untuk mesyuarat yang tinggal 10 minit lagi. Jari-jemari anda laju menaip, peluh mula menitis, jantung berdegup kencang. Tiba-tiba skrin komputer menjadi hitam."
Kerosakan komputer di tempat kerja bukanlah sesuatu yang luar biasa. Ia mimpi ngeri yang kerap berlaku, mengganggu produktiviti dan meningkatkan tekanan kerja. Tetapi, mengapa ia berlaku begitu kerap? Adakah ini sumpahan teknologi atau ada sebab yang lebih logik di sebaliknya?
Pengenalan Kerosakan Komputer
Komputer merupakan alat yang sangat penting dalam kehidupan sehari, terutamanya di tempat kerja. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa kerosakan komputer sering berlaku, mengganggu tugas harian dan menjejeskan produktiviti. Masalah seperti prestasi yang perlahan, atau kegagalan sistem secara tiba-tiba boleh menjadi cabaran yang besar.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan kerosakan komputer, antaranya ialah gangguan bekalan elektrik, serta serangan virus atau malware. Tanpa penjagaan dan penyelenggaraan yang betul komputer mudah mengalami masalah yang boleh menjejaskan prestasi dan jangka hayatnya.

Punca-Punca Komputer Rosak
Bekalan Kuasa Yang Tidak Stabil
- Arus elektrik yang tidak stabil merupakan salah satu pembunuh utama komputer pejabat atau komputer persendirian. Kadangkala, ketika kilat sabung-menyabung atau lonjakan elektrik, komputer tiba-tiba tertutup dengan sendiri dan apabila anda hidupkan semula, semua data anda hilang atau motherboard hangus.
- Jika komputer anda tidak pernah diselenggara bertahun-tahun, anda sudah bersedia untuk menghadap masalah komputer panas, kipas komputer anda bergerak dengan perlahan ini menyebabkan kerosakan komputer. Contoh kerosakan CPU, motherboard dan lain-lain.
Serangan Virus dan Malware
- Tanpa perlindungan antivirus yang baik komputer anda boleh menjadi perlahan, crash atau lebih teruk lagi data hilang. Mungkin anda telah menjadi mangsa virus.
- Jika anda meletakkan barang yang mengandungi magnet ia akan menyebabkan gangguan elektromagnetik pada komponen yang ada dalam komputer seperti motherboard, RAM, dan CIP pemprosesan.
- Terdapat segelintir yang terlalu kasar menekan keyboard hingga butang tertanggal, memasang perisian yang tidak sah, menutup pc secara paksa, ini boleh mengakibatkan masalah jangka panjang seperti hardware rosak dan prestasi komputer menurun.
Gunakan UPS ( Uninterruptible Power Supply)
- Bagi komputer peribadi, lindungi komputer anda daripada lonjakan elektrik dengan menggunakan Uninterruptible Power Supply atau untuk menstabilkan arus elektrik. Jika lonjakan elektrik secara tiba-tiba berlaku ini akan menyebabkan motherboard anda rosak atau komponen dalam komputer anda rosak.
- Bersihkan Komputer anda 3-6 bulan sekali seperti bersihkan kipas CPU untuk memastikan Komputer anda dalam suhu yang stabil. Selain itu, pastikan meja kerja anda tidak penuh dengan makanan atau minuman yang boleh tumpah ke dalam komputer anda.
Pasang Antivirus
- Gunakan antivirus yang boleh dipercayai dan sentiasa kemas kini pengkalan data untuk memastikan mengelakkan serangan siber. Contoh perisian Windows Defender yang memastikan pengesanan spyware terbaru.
Gunakan Komputer Dengan Berhemah
- Jangan muat turun perisian dari sumber yang meragukan, elakkan membuka e-mel yang mencurigakan, dan tutup komputer dengan cara yang betul. Ini dapat menyelamat komputer anda dari rosak atau mengelak dari serangan virus.
Ulasan
Catat Ulasan