File Corrupt? Ketahui Punca-Punca dan Cara Memulihkannya

"Bayangkan pagi yang sibuk di pejabat. Anda baru sahaja menyediakan laporan penting yang mengambil masa beberapa hari untuk disusun. Dengan yakin, anda membuka file untuk membuat semakan akhir, tetapi sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Skrin paparan hanya menunjukkan mesej error File Corrupt. Jantung berdegup kencang, peluh mula membasahi dahi. Segala usaha selama ini musnah dalam sekelip mata. Inilah mimpi ngeri yang sering menghantui ramai pekerja".

Fail corrupt ialah masalah yang biasa di tempat kerja, dan ia boleh menyebabkan kehilangan data yang berharga dan melambatkan produktiviti. Dalam dunia digital yang serba canggih ini, memahami punca dan cara mencegah fail anda daripada rosak adalah sesuatu yang sangat penting. Dalam artikel ini, saya akan berkongsi pengalaman dan langka-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan bencana ini daripada terus menghantui anda.




Pengertian File Corrupt 

File corrupt ialah keadaan dimana sebuah file mengalami kerosakan sehingga tidak boleh dibuka, dibaca, atau digunakan. Kerosakan ini boleh berlaku dalam pelbagai jenis file, termasuk dokumen, imej, video, dan file sistem. Apabila sebuah file mengalami corrupt, struktur atau kandungan file tersebut menjadi tidak lengkap atau rosak, sehingga program yang biasanya digunakan untuk membuka file tersebut tidak dapat membacanya dengan betul.

Tanda-tanda file anda corrupt:

  • File tidak dapat dibuka sama sekali
  • Muncul mesej error semasa cuba membuka file
  • Sebahagian atau semua kandungan file hilang atau tidak dapat dibaca
  • File boleh dibuka tetapi kandungan tidak lengkap
File corrupt boleh berlaku pada pelbagai jenis peranti storan, seperti hard disk internal, external hard drive, USB flash drive dan lain-lain. Masalah ini boleh membawa akibat yang serius, terutamnya jika ia melibatkan data yang penting seperti dokumen kerja.

Punca-punca File Corrupt

1. Gangguan Bekalan Kuasa 

  • Salah satu punca berlakunya file corrupt ialah jika terdapat masalah bekalan kuasa seperti apabila bekalan kuasa terputus tiba-tiba terputus semasa membaca atau menulis data. Ini menyebabkan file yang ditulis tidak lengkap atau rosak.
2.Pemutusan Sambungan Secara Tiba-Tiba

  • Cabut external hard disk tanpa "Safe Remove Hardware" atau "Eject" terlebih dahalu, ini akan menyebabkan file corrupt. Ini kerana proses transfer atau penulisan data mungkin belum selesai sepenuhnya, mengakibatkan data tidak lengkap atau rosak.
3.Serangan Virus atau Malware

  • Virus dan Malware dapat menyebabkan kerosakan, menukar data yang disimpan atau menghapus sebahagian data dalam file. Beberapa jenis Malware direka khusus untuk merosakkan atau merumitkan fail, menjadikannya tidak boleh diakses atau tidak boleh dibaca.
4.Sektor Buruk (Bad Sectors) Pada Hard Disk

  • Bad Sectors atau Sektor Buruk ialah bahagian dalam Hard Disk yang rosak atau media storan lain yang tidak boleh diguakan untuk menyimpan file dengan betul. Ini menyebabkan file anda corrupt, tidak dapat dibaca dengan betul atau beberapa datanya hilang.
5.Overheating

  • Suhu yang terlalu tinggi pada komponen komputer, terutamanya hard disk, boleh menyebabkan kerosakan fizikal yang boleh menyebabkan kerosakan fail. Terlalu panas boleh merosakkan sektor pada hard disk atau menyebabkan komponen lain berfungsi kurang optimum, meningkatkan risiko kerosakn data. 
6. Edit File Di Dalam External Hard Disk
  • Setiap kali anda edit file terus di dalam external hard disk, anda sebenarnya sedang bermain dengan risiko untuk kehilangan data, kerana sambungan USB yang tidak stabil, pemadaman elektrik megejut, atau sistem tiba-tiba "hang" boleh menyebabkan corrupt serta-merta.








Cara Mengatasi File Corrupt

1.Lakukan Pemeriksaan Hard Disk Secara Berkala

  • Windows menyediakan alatan terbina dalam seperti Command Prompt yang dapat menyemak dan membaiki kesilapan di hard disk, yang boleh membantu menyelesaikan file yang rosak dan anda boleh menggunakan Command Prompt ini sebagai kegunaan peribadi.
        Cara menggunakannya:
      i. Buka Command Prompt sebagai Administrator
     ii. Gunakan arahan "chkdsk X: /f /r"(gantikan X dengan huruf drive yang ingin anda semak)
    iii. Tekan Enter dan tunggu proses selesai
  • Perintah ini akan mengimbas hard disk untuk mencari kerosakan dan cuba membaikinya. Dalam sesetengah kes, ia boleh memulihkan fail yang corrupt
2. Gunakan "Safely Remove Hardware" Sebelum Mencabut Hard Disk 
  • Jika anda ingin file anda selamat dan tidak corrupt, sentiasa pastikan external hard disk anda dikeluarkan dengan betul menggunakan fungsi " Eject" pada Windows atau macOS. Ini akan dapat menyelamatkan file anda daripada corrupt.
3. Sentiasa Buat Salinan Sandaran (Backup)
  • Tidak kira betapa berhati-hatinya anda, kandangkala nasib tidak menyebelahi anda. Oleh itu, langkah terbaik ialah mempunyi salinan sandaran file anda seperti menggunakan Google Drive, Dropbox, atau OneDrive.
4. Pastikan Antivirus dan Sistem Operasi Sentiasa Dikemas Kini
  • Virus dan Malware boleh menyebabkan kerosakan file tanpa anda sedari. Oleh itu anda perlu menggunakan antivirus yang dipercayai seperti Windows Defender, Bitdefender, atau Kaspersky. Elakkan memuat turun file dari sumber yang mencurigakan.
5. Tukar Hard Disk Jika Sudah Lama dan Bermasalah
  • Jika hard disk anda sering menunjukkan tanda-tanda kegagalan seperti lambat untuk beroperasi, mengeluarkan bunyi pelik, atau fail anda sering corrupt, mungkin disebabkan hard disk terlama dan sudah tiba masanya untuk menggantikannya kepada yang baharu.Jika anda ingin storan yang tahan lebih lama dan lebih pantas, anda boleh menggunakan SSD.
Kesimpulannya, file corrupt adalah masalah yang serius, boleh mengancam keselamatan dan integriti data yang penting. Memahami punca, cara menyelesaikannya, dan langkah untuk mencegah file corrupt adalah sangat penting bagi setiap pengguna komputer. Dengan  melaksanakan amalan penggunaan yang baik, melakukan backup rutin, dan menggunakan tools yang betul, risiko kehilangan data akibat file corrupt boleh diminimumkan dengan ketara.

"Ingatlah bahawa pencegahan sentiasa lebih baik daripada pemulihan."




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kepentingan Literasi Digital dalam Dunia Moden

9 Gadget Unik yang Wajib Dimiliki pada Tahun 2024

Elak Menjadi Mangsa Penipuan! Cara Beli Barang Online dengan Selamat dan Mudah