ZIP/UNZIP: Bagaimana cara terbaik untuk mengendalikan file besar



Pemampatan fail ialah komponen penting dalam ruang kerja digital. Fail ZIP menggunakan pemampatan untuk menghantar lebih banyak data pada kadar yang lebih pantas daripada yang mungkin sebelum ini. Inilah sebabnya mengapa fail ZIP adalah alat perniagaan yang popular di seluruh dunia. Tetapi sebenarnya apakah fail ZIP?

ZIP ialah format fail biasa untuk memampatkan satu atau lebih fail ke satu lokasi. Ini mengecilkan saiz fail, menjadikannya lebih mudah untuk diangkut atau disimpan. Selepas menerima fail ZIP, penerima boleh menyahzip (atau mengekstrak) dan menggunakannya dalam format asalnya.

Fail ZIP berfungsi sama dengan folder standard pada komputer anda. Mereka menyimpan data dan fail dalam satu lokasi. Walau bagaimanapun, kandungan fail zip dimampatkan, mengurangkan jumlah data yang digunakan oleh komputer anda. Fail ZIP juga boleh dianggap sebagai arkib. Arkib menyimpan semua fail termampat dalam satu lokasi. Jadi, jika anda perlu memampatkan satu fail atau sekumpulan fail, anda boleh menggunakan format fail ZIP.

Cara untuk ZIP fail

  1. Buka File Explorer
  2. Pergi ke lokasi bersama-sama item-item yang ingin anda mampatkan dengan zip
  3. Klik kanan pada mana-mana ruangan kosong, pilih New dan klik pada Compressed (zipped) Folder



  4. Masukkan nama untuk folder berkenaan dan tekan Enter.
  5. Pilih fail-fail dan folder-folder yang anda ingin mampatkan secara zip.
  6. Klik kanan pada pilihan item yang telah dibuat dan pilih Cut



  7. Tekan dua kali pada folder yang baru di’zip’kan tadi.
  8. Klik kanan padanya pilih Paste


Nota : Anda boleh menambahkan lagi fail-fail ke dalam folder zip berkenaan dengan mengulangi langkah 5, 6 dan 7.

Cara untuk UNZIP fail

Memandangkan Windows 10 menyokong fail zip secara terbina dalam, alatan yang disediakannya juga boleh digunakan untuk menyahmampat (unzip) fail-fail berformat zip. Fail-fail yang telah dizipkan ini pastinya anda perlu unzip terlebih dahulu sebelum ianya boleh digunakan.

Jika anda tidak membuat unzip, anda tidak boleh edit dan meminda kandungan di dalam dokumen berkenaan. Untuk perisian pula, fail instalasi yang masih berzip tidak boleh dimulakan proses instalasinya.

Terdapat dua cara untuk mengekstrak fail dari folder-folder berzip:

Menggunakan wizard Extract All

Untuk mengekstrak seluruh fail dari folder berzip, lakukan langkah berikut;
  1. Klik kanan pada folder yang telah dizipkan (compressed, zipped).
  2. Pilih Extract All dari menu konteks



  3. Secara default, fail-fail yang telah dizipkan akan diekstrak ke dalam lokasi yang sama dengan folder berzip berkenaan. Walaubagaimanapun anda boleh memilih butang Browse untuk memilih ke lokasi lain.
  4. Tandakan pada kotak Show extracted files when complete



  5. Klik Extract

Menggunakan File Explorer

Untuk mengekstrak keseluruhan fail atau satu-persatu dari folder berzip, anda boleh melakukannya seperti berikut;
  1. Klik dua kali pada folder berzip
  2. Pilih fail-fail yang anda inginkan
  3. Klik kanan padanya dan pilih Cut



  4. Pergi ke lokasi yang anda ingin fail-fail berkenaan ditempatkan
  5. Klik kanan dan pilih Paste
Selain dari cara ini, anda juga boleh melakukannya di dalam folder yang berzip berkenaan. Pilih fail-fail yang anda inginkan, dan seterusnya pada tab Extract sebelah atas terdapat ikon-ikon lokasi yang boleh anda tempatkan fail yang telah diekstrak berkenaan. Jika lokasi yang anda inginkan tiada di dalamnya, anda masih lagi boleh mendapatkannya dengan memilih butang Choose location.




Nota:
Jika fail yang dizip dilindungi dengan kata laluan, anda mesti memberikan kata laluan sebelum fail boleh diekstrak ke folder yang ditentukan. Apabila anda mengekstrak fail daripada folder termampat yang dilindungi kata laluan, fail yang diekstrak tidak lagi dilindungi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kepentingan Literasi Digital dalam Dunia Moden

9 Gadget Unik yang Wajib Dimiliki pada Tahun 2024

Elak Menjadi Mangsa Penipuan! Cara Beli Barang Online dengan Selamat dan Mudah