Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2025

Pekerja Bijak, Data Selamat: Panduan Elak Virus di Tempat Kerja

Imej
Pengenalan Dalam dunia kerja moden, hampir semua urusan daripada komunikasi, laporan kewangan hinggalah kepada data pelanggan adalah diurus secara digital. Namun, ketika dunia semakin bergantung kepada teknologi, ancaman siber juga semakin pintar dan berbahaya. Satu klik pada pautan emel palsu atau pemasangan perisian tidak sah boleh menjadi pintu masuk kepada virus berbahaya yang mengancam sistem pejabat. Menurut laporan Verizon Data Breach Investigations Report (2024), 82% insiden pelanggaran data berpunca daripada kesilapan manusia, termasuk pekerja yang tidak sedar akan fail yang bahaya dan laman web mencurigakan. Di Malaysia, laporan CyberSecurity Malaysia menunjukkan peningkatan kes serangan ransomware dan phishing di sektor kerajaan dan swasta terutamanya yang melibatkan akses pengguna biasa. Ini membuktikan bahawa kesedaran pekerja adalah barisan pertahanan pertama dalam menjaga keselamatan sistem organisasi. Dalam dunia yang serba cepat ini, pekerja bijak bukan hanya tahu buat...

Bijak Digital: Kawal Telefon Sebelum Ia Mengawal Anda

Imej
Pengenalan Telefon pintar kini bukan sekadar alat komunikasi akan tetapi ia telah menjadi "remote control" kehidupan moden. Statistik dari DataReportal (2024) menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menghabiskan purata 5 jam 2 minit sehari menggunakan telefon pintar dengan sebahagian besar masa tersebut tertumpu kepada media sosial, permainan dan layanan video. Satu kajian oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) pula mendapati bahawa lebih 65% pengguna berusia 18–35 tahun mengalami simptom ketagihan telefon seperti cemas apabila telefon tiada bersama mereka atau rasa "kosong" bila tiada notifikasi masuk. Fenomena ini dikenali sebagai "nomophobia" iaitu ketakutan apabila tidak bersama telefon dan ia semakin meningkat dalam kalangan masyarakat moden. Meskipun telefon pintar memudahkan pelbagai urusan harian seperti kerja, pembelajaran dan komunikasi, kita tidak boleh menafikan bahawa penggunaan berlebihan boleh membawa kepada kesan negatif terhadap kesihatan mental,...