Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2025

Cermin Mata Biasa Dah Lapuk: Ini 5 Smart Glasses AI yang Bakal Ubah Cara Kita Melihat Dunia

Imej
Dalam era digital yang semakin berkembang, teknologi bukan sekadar berada di tangan kita, ia kini telah "melekat" di wajah kita. Menjelang tahun 2025, kita sedang menyaksikan kebangkitan generasi baharu cermin mata pintar (smart glasses), yang bukan hanya menawarkan penglihatan fizika tetapi turut membawa kuasa pemprosesan AI, paparan realiti maya, dan keupayaan rakaman secara langsung dalam satu rekaan bergaya. Bayangkan anda berjalan di tengah kota tanpa perlu mengeluarkan telefon bimbit, namun masih boleh menjawab mesej, merakam detik spontan, atau mendapat arah jalan terus dari lensa mata anda. Paparan skrin maya yang terapung anda, semuanya menjadikan duia ini semakin dekat dengan realiti futuristik. Kini, setiap pasang mata bukan sekadar melihat, tetapi juga berpotensi menjadi "otak digital" yang berinteraksi, memproses dan bertindak balas dalam masa nyata. Revolusi teknologi sedang berlaku, dan kita memakainya di wajah kita. Ray-Ban Meta Smart Glasses (Gen 2)...

Dari Imbas ke Ancaman: Cabaran Keselamatan Dompet Digital

Imej
Pengenalan Dalam era teknologi yang serba pantas ini, penggunaan dompet digital semakin menjadi norma dalam urusan harian masyarakat moden. Sama ada membeli-belah dalam talian, membayar bil mahupun memesan makanan, semuanya kini boleh dilakukan dengan hanya beberapa sentuhan pada skrin telefon pintar. Peralihan daripada tunai kepada pembayaran tanpa tunai membuka jalan kepada gaya hidup lebih efisien, cepat dan mudah.Malaysia menerajui dunia dalam penggunaan dompet mudah alih, dengan 63 peratus rakyat Malaysia menggunakan kemudahan itu untuk membeli belah, kata platform teknologi kewangan global, Adyen [sumber Bernama]. Mengikut artikel Bernama juga, rakyat Malaysia pengguna dompet mudah alih tertinggi di dunia. Namun, dengan kemudahan ini juga hadir persoalan besar iaitu sejauh mana selamatnya penggunaan dompet digital ini?  Dompet Digital: Apa yang Anda Perlu Tahu Dompet digital atau e-wallet merupakan aplikasi atau perkhidmatan yang menyimpan maklumat kewangan penggun...